Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa penderaan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Penderaan ke atas wanita adalah salah satu bentuk keganasan, sementelah isteri yang didera suami pula dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan rumahtangga. Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan atau penderaan terhadap wanita dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki. Penderaan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada 1993, keganasan terhadap wanita ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara fizikal, seksual atau mental. Terdapat beberapa jenis penderaan yang sering dilakukan terhadap golongan wanita. Jenis penderaan: Penderaan Psikologi dan Emosi Penderaan Fizikal Penderaan Seksual Penderaan Sosial Penderaan Kewangan
Berdasarkan statistik menunjukkan majoriti mangsa dalam keganasan rumah tangga, wanita yang sering kali di dera oleh pasangan mereka. Kes penderaan wanita dilaporkan berlaku di seluruh negara mencatatkan bilangan tidak kurang 400 kes. Walau bagaimanapun, jumlah itu masih dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis mengenai kejadian terbabit. Statistik menunjukkan bahawa Negeri Pulau Pinang kerap mencatat angka keganasan atau penderaan wanita yang tinggi sepanjang 3 tahun (2003 –2006). Ini menunjukkan penderaan / keganasan wanita tidak tertumpu kepada negeri yang menjadi pusat tumpuan pembangunan seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kepesatan teknologi dan kesesakan pembangunan bukan faktor utama dalam masalah ini.
Pihak kerajaan memandang serius isu ini dengan mengambil pelbagai langkah sebagai usaha mencegah dan mengatasi masalah ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan program-program kesedaran serta pengukuhan institusi kekeluargaan itu sendiri. ahagian Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.Segala aduan mangsa keganasan akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Masyarakat juga harus menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap pemurah, penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada "gender". Lelaki perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita.Kedua-dua belah pihak Lelaki dan wanita harus belajar menghormati antara satu sama lain dan tidak memainkan peranan dominan dan taat yang membuta tuli. Penbenukan kersefahaman dalam perhubungan, kearah permuafakatan adalah penting dan ia mampu menyelamatkan dan mengurangkan kes penderaan dikalangan wanita
Sosialisasi adalah satu konsep umum yang bisa dimaknakan sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, cara berfikir, dan bertindak balas, di mana kesemuanya itu merupakan perkara yang sangat penting dalam menghasilkan penglibatan sosial yang efektif. Sosialisasi merupakan proses yang berlaku secara berterusan dalam hidup kita.
Sosialisasi dapat juga diertikan sebagai pengalaman sosial sepanjang hidup yang memungkinkan seseorang mengembangkan potensi kemanusiaannya dan mempelajari pola-pola kebudayaan yang ada di lingkungannya.
Sosialisasi merupakan suatu proses dimana seseorang mempengaruhi orang lain kerana adanya interaksi. Untuk perkembangan sosial anak akan sangat dipengaruhi siapa agen sosialnya. Agen sosialisasi adalah pihak-pihak yang melaksanakan atau melakukan sosialisasi. Ada empat agen sosialisasi yang utama, iaitu keluarga, rakan sebaya, media massa dan pendidikan. Agen sosialisasi ini berperanan dalam masyarakat sebagai jaringan hubungan yang lebih luas. Setiap agen sosial tersebut akan menentukan perbezaan dalam proses sosialisasi anak. Oleh itu, bagi menghasilkan individu yang berkualitii, keluarga amat berperanan dalam mensosialisasikan nilai-nilai kebaikan dan norma yang berlaku atau yang diharapkan dalam masyarakat kepada anak mereka yang dimulai dari masalah-masalah kecil yang terjadi dalam keluarga sesuai dengan tahap perkembangan usia anak tentunya.
Sosialisasi terbahagi kepada dua, iaitu sosialisasi sempurna dan sosialisasi tidak sempurna. Sosialisasi sempurna terjadi apabila pelaku atau remaja memilih tindakan yang baik atau buruk, baik tindakan yang salah mahupun yang benar yang harus dilakukannya. Dengan begitu, remaja tersebut dapat berkembang dengan keadaan fizik dan psikik yang baik sesuai dengan usianya.
Sosialisasi sempurna mempunyai banyak manfaatnya bagi perkembangan remaja. Misalnya, remaja tersebut memiliki ramai rakan sebaya, bagi memperolehi banyak pengalaman. Dengan memiliki banyak kemampuan untuk memilah baik buruknya tindakan yang ia temui dalam sosialisasi, maka ia dapat mengembangkan kepribadian yang baik. Hal ini dapat terjadi kerana lingkungan yang ia pilih untuk bersosialisasi merupakan lingkungan yang sihat dan baik.
Sebaliknya, sosialisasi tidak sempurna akan terjadi pada remaja yang selalu menelan mentah-mentah apa yang ia temui dalam bersosialisasi. Ia tidak memedulikan akibat yang terjadi jika ia melakukan tindakan sesuai dengan usianya. Seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi. Proses sosialisasi yang berjalan tidak sempurna ini dapat membentuk kepribadian yang menyimpang. Seperti yang kita ketahui, remaja yang mencari identiti diri sanggup melakukan apa sahaja demi sesuatu yang belum diketahuinya. Rasa keingin tahuan yang tinggi dan sikap yang selalu menelan mentah-mentah apa yang ia temui dalam bersosialisasi inilah yang membuat ia melakukan tindakan yang menyimpang.
Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengatasi sosialisasi yang tidak sempurna ini, diantaranya iaitu peranan keluarga yang maksimum supaya anak mendapat perhatian dan moral yang tinggi dari keluarga.. Dengan adanya hal tersebut, dimaksudkan sosialisasi anak akan lebih baik dan terarah. Pengawalan dan pengawasan daripada pihak tertentu seperti ibubapa, pihak sekolah dan kerajaan amat penting dalam membantu seseorang itu mengawal personaliti mereka.
Isu penderaan kanak-kanak telah menjadi topik perbicaraan pada awal tahun 1990-an yang merupakan satu masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Penderaan ialah satu tindakan yang mempunyai niat atau tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh orang lain (Khadijah, 2005). Penderaan melibatkan tiga bentuk iaitu fizikal, seksual dan emosi. Penderaan fizikal ditafsirkan sebagai keganasan yang menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya. Kesan kepada mangsa ialah trauma dan ketakutan melampau apabila berdepan dengan orang dewasa (fobia), luka dan cedera yang kekal, rosak saraf otak dan urat saraf (cacat seumur hidup) dan perkembangan mental menjadi lembap kerana menderita ketegangan saraf.
Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan untuk memenuhi tuntutan nafsu seks orang dewasa. Ianya melibatkan eksploitasi bahagian sulit kanak-kanak, dicabul, dirogol dan dipaksa melacur. Kesan kepada mangsa ialah luka dalam kemaluan, penyakit kelamin, mengandung, traumatik, pengkhianatan, stigma (malu, rasa bersalah) dan tidak berkuasa (untuk melawan).
Gambar di atas menunjukkan penderaan emosi, iaitu di mana gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak yang didalilkan dengan, antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan lambat. Kesan ke atas mangsa berlaku secara bertahap mengikut umur seperti ponteng sekolah, tidak minat dengan pelajaran, suka mencuri, berbohong, kelihatan murung, sering mengasingkan diri dan lari dari rumah sebanyak dua kali.
Latar belakang pelaku adalah pemabuk dan penjudi, penagih dadah, penjenayah, masalah mental, terasing secara sosial, percaya pada bomoh, anak sebagai beban kemiskinan dan pengalaman didera semasa kanak-kanak. Manakala hubungan pelaku dengan mangsa ialah pelaku lahir dalam perkahwinan bermasalah, ibu tunggal dan ibu remaja. Mangsa penderaan dan pengabaian akan mengalami kesan yang berkekalan dan terpaksa menanggung penderitaan sehingga menjejaskan perkembangan kognitif, kesihatan mental, kestabilan emosi dan penyesuaian sosialnya. Kesan-kesan penderaan ini penting untuk diketahui kerana ia dapat dijadikan sebagai asas dan panduan untuk menyusun langkah-langkah secara efektif dan program rawatan yang lebih berkesan bagi mengurangkan penderitaan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa penderaan.
Menurut Amar Singh, Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Ipoh, dijangkakan lebih 10 peratus daripada populasi kanak-kanak negara ini dipercayai pernah dan terus mengalami penderaan dan gangguan seksual.
Penagih Dadah
Penagih dadah merupakan seseorang yang melalui penggunaan apa-apa dadah merbahayadan mengalami sesuatu keadaan psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan gerak balas tingkahlaku dan gerak balas lain. Selain itu ciri-ciri penagih juga adalah yang meliputi desakan mengambildadah secara berterusan atau berkala. Penagih juga mengalami kesan psikiknya dan mengelakkan ketagihan kerana ketiadaan dadah.
.Majoriti penyalahgunaan dadah adalah berumur antara 19 dan 39 tahun. Kumpulan ini dinasihatkan mempelajari cara-cara mengatasi tekanan secara rohaniah atau melakukan aktiviti riadah yang sihat
Satu strategi perlu diadakan untuk menghapuskan masalah ini dan ia bergantung kepada pencegahan, strategi pencegahan peringkat nasional yang membabitkan rumah, masyarakat dan tempat kerja.
Semua pertubuhan dan persatuan serta masyarakat Malaysia keseluruhannya perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan dengan satu minda untuk menghapuskan gejala dadah bagi menyelamatkan generasi muda hari ini daripada masalah dadah.
Bilangan penagih dadah meningkat dan dikenalpasti sejak 1988 sehingga tahun lepas ialah 300,241, dan bagi setiap orang yang dikenalpasti sebagai penagih dadah, ada lagi tiga hingga empat yang tidak dikenalpasti, antara 900,000 dan 1.2 juta rakyat Malaysia terbabit dengan penagihan dadah.
Penyalahgunaan dadah masih lagi menjadi masalah negara walaupun ada undang-undang yang ketat. Usaha yang berterusan mesti diadakan untuk menghapuskan masalah ini.
Generasi muda mestilah mempunyai semangat kegagahan, disiplin dan sikap bertanggungjawab untuk membina satu masa depan yang lebih baik dengan menolak dadah dan bersatu bagi membantu antara satu sama lain untuk mencapai sebuah negara yang bebas dadah.
Semua pertubuhan dan persatuan serta masyarakat Malaysia keseluruhannya perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan dengan satu minda untuk menghapuskan gejala dadah bagi menyelamatkan generasi muda hari ini daripada masalah dad
Kemiskinan
Terdapat berbagai-bagai dimensi bagi menjelaskan konsep kemiskinan (Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei, 1988). Isu-isu kemiskinan ini adalah hal sejagat masyarakat seluruh dunia. Keadaan hidup masyarakat di Malaysia berbeza dengan negara lain yang tentunya memberikan tafsiran yang berbeza terhadap konsep kemiskinan.
Apa yang boleh dilihat ialah idea tentang kemiskinan tidak hanya terbatas kepada kegagalan memenuhi keperluan material, tetapi juga keperluan psikologi dan politik. Oleh yang demikian, tidak ada satu takrif kemiskinan yang boleh diterima dan diguna pakai oleh semua negara pada setiap masa dan ketika tanpa mengambil kira struktur masyarakat dan tahap pembangunan di negara tersebut (Mohd Taib Dora, 2000).
Konsep kemiskinan adalah sensitif kepada kaedah pengukuran yang berbeza sama ada dari segi ekonomi, sosial ataupun politik yang boleh menghasilkan keputusan yang berbeza tentang insiden kemiskinan. Oleh itu perbincangan mengenai kemiskinan sentiasa diberikan perhatian oleh para pengkaji di dunia.
Walau bagaimanapun kemiskinan adalah refleksi keadaan sosioekonomi yang berlaku dalam masyarakat. Berbagai-bagai situasi yang melanda dan menguasai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemiskinan. Konsep kemiskinan ini sedikit sebanyak terbentuk oleh persekitaran ekonomi dan sosial serta matlamat umum masyarakat yang cuba dicapai melalui dasar anti kemiskinan. Perumahan, tahap pendidikan, pendapatan yang rendah, masalah sosial dan tidak ada pekerjaan adalah elemen yang sentiasa hadir dalam isu kemiskinan masyarakat.
Secara umum terdapat banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kemiskinan iaitu faktor penghijrahan, kematian ketua isi rumah, keadaan ekonomi, kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, sikap dan mentaliti individu serta faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada insiden kemiskinan.
Warga Tua
Warga tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini adalah berpandukan kepada takrifan yang dibuat di ” World Assembly On Ageing 1982”di Vienna.
Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni.
Punca Warga Tua Terbiar
Sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat kita di Malaysia. Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yan.g tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.
Pendekatan 'Constructionist'
Mengabaikan norma moral dalam penyelesai masalah sosial. Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar dan lain-lain.
Banyak faktor menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal bersendirian. Kecacatan, nyanyuk, tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan antara sebab berlakunya gejala ini dalam masyarakat hari ini.
Tidak sewajarnya kita meletakkan orang tua kita di rumah kebajikan kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi jika anak itu lelaki. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita sepertimana kita memerlukan orang tua kita sewaktu kita masih kanak-kanak. Anak-anak harus bijak mengatur jadual harian untuk menggelakkan daripada meletakkan orang tua mereka di rumah kebajikan.
Seumpamanya jika orang tua mereka mempunyai anak yang ramai, mereka boleh bergilir-gilir menjaga orang tua mereka.
Anak-anak mereka juga boleh menggajikan pembantu rumah untuk menjaga orang tua mereka jika mereka bertugas daripada menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan yang jauh dari pertalian keluarga. Bukankah perbelanjaan di rumah kebajikan tiada bezanya jika dibandingkan dengan menggajikan pembantu rumah?
Dari satu aspek yang lain, punca pengabaian warga tua juga mungkin disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap kedua ibu bapa juga mungkin disebabkan oleh pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanaknya. Mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka mendera sama ada dari aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka setelah ia uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu. Perasaan dendam terhadap orang tua kita seharusnya diluputkan kerana pintu kemaafan itu terletak di telapak kaki ibu dan ayah.
Kebajikan sosial merupakan elemen penting dalam menentukan keharmonian kehidupan masyarakat kerana merupakan inti kepada konsep pembangunan sosial masyarakat negara. Menurut Friedlander, 1961, kebajikan dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bagi pelbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu individu dan kelompok untuk mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial ( United Nation, 1960 ). Berdasarkan kepada kedua-dua pengertian tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan kebajikan sosial sebagai satu set usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial.
Beberapa gerakan pemikiran dalam bidang kebajkan sosial telah mengembangkan pengertian kebajikan sosial dan cuba mengaitkannya denagn pembangunan sosial. Terdapat tiga pendekatan terhadap tujuan penyediaan kebajikan sosial, iaitu risidual, institutional dan development. Konsep risidual merujuk kepada bentuk perkhidmatan sosial yang berkaitan dengan pemecahan masalah sosial dan patologi sosial dengan usaha untuk membantu dan menyesuaikan dan memulihkan seseorang atau keluarga, sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Berasaskan kepada model ini Titmuss (1974) menjelaskan bahawa model risidual berfungsi sebagai alat untuk memenuhi keperluan tertentu di dalam masyarakat tanpa mengambil kira pertimbangan nilai seseorang ataupun keluarga dan juga tanpa mengambil kira sama ada mereka mengalami masalah sosial atau tidak. (Titmuss 1974). Mengikut Dolgoff et. Al (1997) konsep developmental adalah berkemungkinan untuk sesuatu masyarakat membentuk institusi kebajikan sosial bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, memenuhi keperluan pembangunan manusia. Tindakan yang diambil ini tidak semestinya untuk menyelesaikan masalah.
Di Malaysia, amalan kerja sosial lebih dikaitkan dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Di samping itu, JKMM dikatakan merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3000 orang pekerja ketika ini.
Istilah kebajikan di Malaysia hampir tidak wujud atau jarang disebut pada tahun 60-an dan awal 70-an. Hal ini kerana masyarakat negara kita pada masa itu dikatakan tidak miskin semangat. Mereka yang dianggap boleh bekerja akan berusaha untuk hidup. Semangat mereka cukup tinggi untuk berusaha. Orang yang kurang upaya juga turut berusaha dari sekecil-kecil usaha hingga sebesar-besar usaha. Namun lebih ramai daripada mereka yang malas bekerja dan berpeluk tubuh dan juga dikenali sebagai ‘bantuan kebajikan’ daripada pihak kerajaan.
Perspektif ini memerlukan perubahan yang holistik di mana penekanan harus diberikan terhadap program pembangunan insan secara keseluruhan. Bantuan konvensional seperti bantuan kewangan tidak seharusnya diberikan kepada mereka. Mereka perlu berusaha sendiri untuk membina kehidupan. Jika bantuan sentiasa diberikan, secara tidak langsung masyarakat akan menjadi malas bekerja dan sentiasa menunggu bantuan. Oleh yang demikian, mereka akan berupaya untuk turut serta dalam aktiviti pasaran ekonomi dan buruh yang sukar tetapi masih mempunyai ruang untuk dieksploitasi secara agresif.
social work is a profession that can challenge and help you to make a difference for others. its goal is to improve the functioning and the well-being of all people. yet, social workers have a special concern for the poor, the marginalized and the vulnerable. social work is both an art and science. a past student explained it this way "to be a social worker is to be like an artist with the right strokes on a canvas and like a scientist with the correct formula for reaching out and providing what is needed for others".
social work is one of the human services professions that have been sanctioned by society to help improve the quality of life for all people. other such helping professions include clinical psychology, drugs and alcohol counseling, marriage and family counseling, school psychology, medicine, rehabilitation counseling, nursing and so on. the uniqueness of social work among these professions is its focus on the social functioning of people and helping people interact more effectively wiht their environment.