Gambar di atas menunjukkan penderaan emosi, iaitu di mana gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak yang didalilkan dengan, antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan lambat. Kesan ke atas mangsa berlaku secara bertahap mengikut umur seperti ponteng sekolah, tidak minat dengan pelajaran, suka mencuri, berbohong, kelihatan murung, sering mengasingkan diri dan lari dari rumah sebanyak dua kali.
Penagih Dadah
Penagih dadah merupakan seseorang yang melalui penggunaan apa-apa dadah merbahaya dan mengalami sesuatu keadaan psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan gerak balas tingkahlaku dan gerak balas lain. Selain itu ciri-ciri penagih juga adalah yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala. Penagih juga mengalami kesan psikiknya dan mengelakkan ketagihan kerana ketiadaan dadah.
.Majoriti penyalahgunaan dadah adalah berumur antara 19 dan 39 tahun. Kumpulan ini dinasihatkan mempelajari cara-cara mengatasi tekanan secara rohaniah atau melakukan aktiviti riadah yang sihat
Satu strategi perlu diadakan untuk menghapuskan masalah ini dan ia bergantung kepada pencegahan, strategi pencegahan peringkat nasional yang membabitkan rumah, masyarakat dan tempat kerja.
Semua pertubuhan dan persatuan serta masyarakat Malaysia keseluruhannya perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan dengan satu minda untuk menghapuskan gejala dadah bagi menyelamatkan generasi muda hari ini daripada masalah dadah.
Bilangan penagih dadah meningkat dan dikenalpasti sejak 1988 sehingga tahun lepas ialah 300,241, dan bagi setiap orang yang dikenalpasti sebagai penagih dadah, ada lagi tiga hingga empat yang tidak dikenalpasti, antara 900,000 dan 1.2 juta rakyat Malaysia terbabit dengan penagihan dadah.
Penyalahgunaan dadah masih lagi menjadi masalah negara walaupun ada undang-undang yang ketat. Usaha yang berterusan mesti diadakan untuk menghapuskan masalah ini.
Generasi muda mestilah mempunyai semangat kegagahan, disiplin dan sikap bertanggungjawab untuk membina satu masa depan yang lebih baik dengan menolak dadah dan bersatu bagi membantu antara satu sama lain untuk mencapai sebuah negara yang bebas dadah.
Semua pertubuhan dan persatuan serta masyarakat Malaysia keseluruhannya perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan dengan satu minda untuk menghapuskan gejala dadah bagi menyelamatkan generasi muda hari ini daripada masalah dad
Warga tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini adalah berpandukan kepada takrifan yang dibuat di ” World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.
Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni.
Punca Warga Tua Terbiar
Sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat kita di Malaysia. Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yan.g tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.
Pendekatan 'Constructionist'
Mengabaikan norma moral dalam penyelesai masalah sosial. Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar dan lain-lain.
Banyak faktor menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal bersendirian. Kecacatan, nyanyuk, tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan antara sebab berlakunya gejala ini dalam masyarakat hari ini.
Tidak sewajarnya kita meletakkan orang tua kita di rumah kebajikan kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi jika anak itu lelaki. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita sepertimana kita memerlukan orang tua kita sewaktu kita masih kanak-kanak. Anak-anak harus bijak mengatur jadual harian untuk menggelakkan daripada meletakkan orang tua mereka di rumah kebajikan.
- Seumpamanya jika orang tua mereka mempunyai anak yang ramai, mereka boleh bergilir-gilir menjaga orang tua mereka.
- Anak-anak mereka juga boleh menggajikan pembantu rumah untuk menjaga orang tua mereka jika mereka bertugas daripada menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan yang jauh dari pertalian keluarga. Bukankah perbelanjaan di rumah kebajikan tiada bezanya jika dibandingkan dengan menggajikan pembantu rumah?
- Dari satu aspek yang lain, punca pengabaian warga tua juga mungkin disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap kedua ibu bapa juga mungkin disebabkan oleh pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanaknya. Mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka mendera sama ada dari aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka setelah ia uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu. Perasaan dendam terhadap orang tua kita seharusnya diluputkan kerana pintu kemaafan itu terletak di telapak kaki ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment