Sunday, August 9, 2009

Konsep Kebajikan Sosial Dalam Konteks 1Malaysia

Kebajikan sosial merupakan elemen penting dalam menentukan keharmonian kehidupan masyarakat kerana merupakan inti kepada konsep pembangunan sosial masyarakat negara. Menurut Friedlander, 1961, kebajikan dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bagi pelbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu individu dan kelompok untuk mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial ( United Nation, 1960 ). Berdasarkan kepada kedua-dua pengertian tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan kebajikan sosial sebagai satu set usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial.

Beberapa gerakan pemikiran dalam bidang kebajkan sosial telah mengembangkan pengertian kebajikan sosial dan cuba mengaitkannya denagn pembangunan sosial. Terdapat tiga pendekatan terhadap tujuan penyediaan kebajikan sosial, iaitu risidual, institutional dan development. Konsep risidual merujuk kepada bentuk perkhidmatan sosial yang berkaitan dengan pemecahan masalah sosial dan patologi sosial dengan usaha untuk membantu dan menyesuaikan dan memulihkan seseorang atau keluarga, sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Berasaskan kepada model ini Titmuss (1974) menjelaskan bahawa model risidual berfungsi sebagai alat untuk memenuhi keperluan tertentu di dalam masyarakat tanpa mengambil kira pertimbangan nilai seseorang ataupun keluarga dan juga tanpa mengambil kira sama ada mereka mengalami masalah sosial atau tidak. (Titmuss 1974). Mengikut Dolgoff et. Al (1997) konsep developmental adalah berkemungkinan untuk sesuatu masyarakat membentuk institusi kebajikan sosial bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, memenuhi keperluan pembangunan manusia. Tindakan yang diambil ini tidak semestinya untuk menyelesaikan masalah.


Di Malaysia, amalan kerja sosial lebih dikaitkan dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Di samping itu, JKMM dikatakan merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3000 orang pekerja ketika ini.

Istilah kebajikan di Malaysia hampir tidak wujud atau jarang disebut pada tahun 60-an dan awal 70-an. Hal ini kerana masyarakat negara kita pada masa itu dikatakan tidak miskin semangat. Mereka yang dianggap boleh bekerja akan berusaha untuk hidup. Semangat mereka cukup tinggi untuk berusaha. Orang yang kurang upaya juga turut berusaha dari sekecil-kecil usaha hingga sebesar-besar usaha. Namun lebih ramai daripada mereka yang malas bekerja dan berpeluk tubuh dan juga dikenali sebagai ‘bantuan kebajikan’ daripada pihak kerajaan.

Perspektif ini memerlukan perubahan yang holistik di mana penekanan harus diberikan terhadap program pembangunan insan secara keseluruhan. Bantuan konvensional seperti bantuan kewangan tidak seharusnya diberikan kepada mereka. Mereka perlu berusaha sendiri untuk membina kehidupan. Jika bantuan sentiasa diberikan, secara tidak langsung masyarakat akan menjadi malas bekerja dan sentiasa menunggu bantuan. Oleh yang demikian, mereka akan berupaya untuk turut serta dalam aktiviti pasaran ekonomi dan buruh yang sukar tetapi masih mempunyai ruang untuk dieksploitasi secara agresif.

No comments: